Logo

Kebenaran menunaikan umrah sekiranya pandemik COVID-19 terkawal

BOTA, 6 Ogos - Umat Islam di Malaysia dibenar menunaikan umrah sekiranya pandemik COVID-19 terkawal dan semakin menunjukkan trend penurunan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kebenaran itu bagaimanapun tidak muktamad dan boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa.

Sementara itu, Datuk Dr. Zulkifli tidak menolak kemungkinan kos mengerjakan umrah akan meningkat berikutan situasi COVID-19 memerlukan saringan kesihatan tambahan.

Beliau ditemui selepas melawat Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama di Kampung Lambor Kanan, Bota, Perak.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.