Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Kuarantin hanya untuk pengunjung kedai nasi kandar

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 3 Ogos-
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan individu yang pulang dari daerah Kubang Pasu tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bagaimanapun, bagi yang pernah mengunjungi kedai nasi kandar terbabit atau punyai gejala COVID-19, mereka perlu menjalani saringan kesihatan.

"Jika kawasan tersebut tidak terdedah dengan kes-kes yang positif, tidak perlu laksana kuarantin tersebut."

"Namun jika ada syak atau rasa terdedah, adalah dinasihatkan untuk datang ke klinik kesihatan untuk membuat ujian saringan."

Datuk Dr Noor Hisham menjelaskan perkara itu sebagai maklum balas terhadap mesej yang tular di aplikasi Whatsapp berkaitan impak Kluster Sivagangga.