Monday, 28 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

Bukan hanya tidak kuarantin & buka kedai makan, malah tidak merekod maklumat pelanggan

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA, 3 Ogos- 
Seorang lagi pelanggan kedai nasi kandar di pekan Napoh Kedah, dikesan positif COVID-19 hari ini.

Daripada 425 individu dalam Kluster Pesakit Dalam Siasatan (PUI) Sivagangga yang disaring Kementerian Kesihatan, 21 daripada mereka disahkan positif.

Seramai 362 individu lagi dikesan negatif.

Manakalan 42 kes lagi masih menunggu keputusan ujian.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, ketiadaan rekod pelanggan di kedai tersebut menyukarkan lagi usaha pengesanan kontak.

"Kita berhadapan dengan cabaran dalam mengesan kontak rapat kerana tiada penggunaan aplikasi My Sejahtera dan tiada rekod pelanggan keluar masuk."

"Seharusnya premis perniagaan mempunyai rekod yang mengandungi nama, nombor telefon dan sebagainya."

"Kita akan mewajibkan premis dan pemilik kedai untuk menggunakan aplikasi My Sejahtera dan akan dimasukkan dalam peraturan Akta 342." 

Justeru, masyarakat diingatkan supaya tidak merahsiakan maklumat penting terutama kontak kes positif COVID-19 daripada pihak berkuasa.