Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

COVID-19: 1 kes di Kedah, 1 kes di Labuan

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 3 Ogos- 
Dua kes positif COVID-19 baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,001 kes.

Ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 208 kes dan kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ketua pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan, dua kes tersebut melibatkan warganegara Malaysia di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiada kes jangkitan import.

Satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Manakala sebanyak empat kes telah pulih dan dibenar discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,668 kes atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Tiada pertambahan kes kematian.

Kes kematian kekal sebanyak 125 kes.