Tuesday, 22 September 2020

updated 11:31 AM UTC, Sep 22, 2020

COVID-19: Penduduk Kubang Pasu disaran jalani saringan

  • Published in Berita Semasa


JITRA, 3 Ogos- 
Penduduk di Kubang Pasu, Kedah khususnya di Pekan Napoh disaran menjalani saringan risiko dan pengesanan kontak rapat berikutan peningkatan aktif COVID-19 di daerah itu.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Daerah Kubang Pasu, Dr Mohd Zukri Ibrahim, berkata, mereka yang punyai sejarah melawat gerai di Pekan Napoh berisiko tinggi.

"Penularan kluster di daerah Kubang Pasu seluruh Klinik Kesihatan dan pengamal klinik swasta telah diberikan amaran."

"Mereka diperingat supaya sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran pesakit-pesakit yang disyaki ada kontak dengan Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI), dan kami mempunyai kemudahan membuat saringan dan membuat rawatan."

Orang ramai boleh melakukan pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Klinik Kesihatan.

Tinjauan yang dilakukan wartawan RTM Kedah juga mendapati penduduk setempat mengunjungi Klinik Kesihatan Napoh sejak pagi tadi bagi melakukan saringan.

Tinjauan juga mendapati premis perniagaan berhampiran restoran bermulanya Kluster PUI ditutup.

Sekatan jalan raya turut dilakukan polis.