Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Mesej tular mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi, PALSU!

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Mesej tular mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa telah meninggal dunia, disahkan palsu.

Perkara berkenaan disahkan oleh pegawai khas beliau Datuk Jefridin Atan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Menurut kenyataan berkenaan, bekas perdana menteri itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga.

Justeru, pihaknya amat kesal dengan penularan berita palsu berkenaan dan berharap masyarakat dapat memastikan kesahihan dari pihak yang berautoriti.

Terdahulu, tular di aplikasi sembang WhatsApp berita mengenai mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia.

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menteri Malaysia ke-lima dari Oktober 2003 hingga April 2009.