Monday, 28 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

COVID-19: 11 kes positif dilaporkan kluster Sivagangga

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 2 Ogos - 11 kes baharu COVID-19 dari Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi.

Lapan (8) kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke 8975, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 7 tahun.

Kenyataan media Kementerian Kesihatan memaklumkan, 3 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8976, iaitu termasuk juga satu (1) kes pelajar sekolah berumur 10 tahun.

Kes-8976 merupakan kes generasi pertama.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah positif itu merupakan kes ke 8,983.

Kluster ini bermula dari kes import dan menular menjadi jangkitan tempatan.

Media sebelum ini melaporkan, kes indeks Kluster PUI Sivagangga membabitkan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.