Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Datuk Seri Ramlan Ibrahim letak jawatan sebagai ahli SPR

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 1 Ogos - SPR mengumumkan peletakan jawatan Datuk Seri Ramlan Ibrahim sebagai ahli SPR berkuat kuasa semalam.

Peletakan jawatan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SPR dalam kenyataannya turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan atas khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR.

Datuk Seri Ramlan, 63 tahun, sebelum ini dilantik menjadi ahli SPR pada Februari 2019, dengan tempoh perkhidmatannya hingga berusia 66 tahun.