Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

FELDA Sahabat 3, dinobat Anugerah Kecerian Kampung FELDA

  • Published in Berita Semasa

SUNGKAI, 7 Julai - Keunikan suku kaum di FELDA Sahabat 3, Sabah antara faktor dinobatkan Johan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) sempena Hari Peneroka Felda 2020.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM300,000 beserta sijil.

Pengurus Felda Sahabat 3, Damianus Gajong@Gonsong berkata, kemenangan itu merupakan hasil usaha gigih penduduknya.

Beliau ditemui selepas menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri di Dewan MRSM FELDA Trolak, Sungkai.

Tempat kedua AKKF dimenangi FELDA Adela, Kota Tinggi, Johor yang membawa pulang RM200,000 manakala tempat ketiga dimenangi FELDA Raja Alias Empat, Negeri Sembilan yang menerima RM100,000.