Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

2 pegawai polis antara 14 individu yang ditahan dalam ops nutcracker

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Dua pegawai polis antara 14 inidividu berumur 26 hingga 58 tahun ditahan dalam operasi khas bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di empat negeri.

Ops nutcracker itu turut berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah terbesar ke Sarawak sekali gus memutuskan rangkaian makmal dadah yang membekalkan kepada 580,000 pengguna dadah.

Dalam sidang media khas mengumumkan kejayaan itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ramli Din menjelaskan makmal tersebut mampu menghasilkan 70,000 pil "erimin-5" setiap kali pengeluaran.

Nilainya mencecah RM1 juta dengan kapasiti pengeluaran mingguan sehingga 5 kali.

Polis turut menyita pelbagai aset bernilai lebih RM1 juta termasuk sembilan buah kenderaan, jam tangan mewah dan wang tunai bernilai ratusan ribu ringgit.

Sindiket menggunakan keldai dadah untuk mengangkut bahan terlarang itu yang dibungkus dalam bagasi sama ada melalui Lapangan Terbang KLIA atau KLIA 2 ke Sarawak.

Ke semua suspek direman selama enam dan tujuh hari.