Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Projek bina benteng penahan ombak Pantai Teluk Lipat bermula Oktober

  • Published in Berita Semasa

DUNGUN, 7 Julai - Masalah hakisan yang semakin buruk hingga mengakibatkan kira-kira 300 meter jalan raya di Kampung Pantai Teluk Lipat, Dungun runtuh dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementeriannya melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan melaksanakan pembinaan benteng penahan ombak sepanjang lebih 4 kilometer di sepanjang pantai berkenaan.

Fasa pertama membabitkan kerja pembinaan benteng penahan ombak dan membina semula jalan yang runtuh.

Kos keseluruhan dianggarkan RM80 juta.

Projek bermula Oktober depan serta dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Konsultan yang dilantik akan melakukan kajian rapi bersama ECER sebelum kerja pembinaan dilakukan untuk melihat kesesuaian aspek reka bentuk dan kos sebenar.