Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Kawasan di Johor Bahru diberi nafas baharu

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 7 Julai - Beberapa kawasan di Johor Bahru akan diberi nafas baharu dalam usaha melonjakkan reputasinya sebagai salah satu tarikan pelancongan.

Ia sebahagian daripada projek pembangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dengan kerjasama Think City, Ibrahim International Business District (IIBD).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Ayub Jamil memaklumkan, antara kawasan terlibat ialah Jalan Dhoby, Jalan Trus, dan Jalan Meldrum.

Sebanyak 175 bangunan lama kekal di sekitar Johor Bahru, dikenalpasti untuk dikekalkan dalam pembangunan tersebut.

Pembangunan turut memberi perhatian kepada penaik tarafan laluan pejalan kaki, bagi menaikkan imej bandar.

Kerajaan negeri bersama beberapa pihak bercadang memperuntukkan RM10 juta bagi melaksanakan program jalinan kerjasama masyarakat untuk tempoh tiga tahun.