Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Melaka tapak warisan dunia simbol kegemilangan sejarah Malaysia

  • Published in Berita Semasa

MELAKA, 7 Julai - Pengiktirafan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia adalah simbol kegemilangan sejarah Malaysia dan penyenaraiannya itu sebagai testimoni kepada pengiktirafan antarabangsa.

Melaka Tapak Warisan Dunia Simbol kegemilangan sejarah Malaysia.

Detik bersejarah itu terus diingati bagi penduduk Melaka khasnya pada 7 Julai, hari ulangtahun pengisytiharan Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan UNESCO.

Keputusan pengiktirafan itu diumumkan pada persidangan tahunan ke-32 di Quebac Kanada pada tahun 2008.

Sebagai bandaraya pesisiran Selat Melaka yang diisytiharkan Tapak Warisan Dunia, pengiktirafan tersebut diperolehi bersama George Town, Pulau Pinang.

Kedua-dua negeri ini dipilih bagi kategori warisan budaya.

UNESCO memperakui Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia kerana Bandaraya Melaka merupakan hasil 500 tahun pertemuan budaya serta hubungan perdagangan antara Timur dan Barat.

Kewujudannya terhasil sejak peringkat awal sejarah Malaysia, menerusi kesultanan Melayu Melaka, sebelum zaman penjajahan Portugis, disusuli Belanda, Inggeris dan Jepun.

Pencapaian ini bukan mudah ,proses ke arah itu menerima pelbagai rintangan dan halangan.

Ketika usaha mendapatkan pengiktirafan UNESCO ia diketuai oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Melaka berharap akan terus dapat mengekalkan statusnya sebagai Tapak Warisan Dunia yang digariskan oleh UNESCO.

Usaha ke arah pemuliharaan Tapak Warisan Dunia digerakkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Melaka optimis warisan dan sejarah ini akan terus dipelihara menjadi asset untuk ditatapi anak-anak generasi akan datang.