Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

3 Exco Pulau Pinang beri keterangan kes rasuah pembinaan terowong dasar laut

  • Published in Berita Semasa

PULAU PINANG, 7 Julai - Kes rasuah projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

3 lagi Exco kerajaan negeri hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan.

Mereka yang hadir ialah Exco Perumahan Kerajaan Tempatan Perancangan Bandar dan Desa Jagdeep Singh Deo, Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan keterangkuman Gender, Chong Eng dan Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Phee Boon Poh.

Ketiga-tiga tiba secara berperingkat bermula pukul 9.30 pagi.

Pegawai SPRM turut ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sebelum ketiga-tiga exco tiba di ibu pejabat SPRM.

Sebelum ini pada 3 Julai lalu, beberapa petugas di KOMTAR telah memberi keterangan berkaitan projek sama.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffery Chew antara yang direman 4 hari bagi membantu siasatan dan dibebaskan 4 Julai lalu dengan ikat jamin RM100,000.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dijangka memberikan keterangan berhubung projek RM6.3 billion itu.