Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

COVID-19: Melaka diisytihar negeri hijau

  • Published in Berita Semasa

SERI NEGERI, 7 Julai - Melaka diisytiharkan sebagai negeri hijau selepas 14 hari bebas daripada jangkitan COVID-19.

Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali ketika memaklumkan perkara tersebut berkata ia adalah hasil usaha pelbagai pihak khususnya para petugas barisan hadapan.

Datuk Sulaiman menyatakan ia membuktikan bahawa normal baharu mula dijadikan amalan seharian bagi pasca COVID-19.

Beliau ditemui pemberita di Seri Negeri.

Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat di negeri itu agar tidak leka dan mengambil mudah arahan yang dikeluarkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM).

ia bagi memastikan Melaka kekal sebagai negeri hijau sekaligus aspirasi menuju negeri lestari dapat dilaksanakan.