Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

Pelanggan domestik TNB terima penyata terperinci

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 2 Julai- 
Pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal menerima penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) bagi bulan April, Mei dan Jun.

Penyata itu akan diterima pelanggan berserta bil pada bulan Julai dalam masa tujuh hari melalui pos selepas pembacaan meter dilakukan.

TNB dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan pembacaan meter di premis pelanggan akan bermula pada 3 Julai dan akan diberikan notis makluman mengenai tindakan itu.

Pemberian BPE yang diumumkan kerajaan bersama TNB pada Jun lalu telah memanfaatkan 7.66 juta pelanggan domestik melalui pembiayaan penggunaan elektrik percuma hingga RM 231 sepanjang PKP akan dinyatakan dalam bacaan bil sebenar.

Selain itu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601 sehingga 900 kilowat perjam sebulan akan menikmati diskaun 10 peratus iaitu tambahan 8 peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2 peratus bermula April hingga September tahun ini.