Friday, 7 August 2020

updated 4:04 PM UTC, Aug 7, 2020

COVID-19: 'Beri kerjasama untuk saringan kali ke-2' - DS Ismail Sabri

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 2 Julai- 
Seramai 620 individu yang sedang menjalani kuarantin wajib, dikesan masih belum melakukan ujian saringan kesihatan untuk kali kedua pada hari ke-13 dikuarantin.

Susulan itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyeru agar mereka bekerjasama untuk menjalani ujian berkenaan.

Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, 724 rakyat Malaysia pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) dan (KLIA2) semalam.

Dan daripada jumlah ini, 723 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka, manakala seorang dibawa ke hospital.

Jelasnya, pihak polis membuat lebih 1,000 pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin di rumah dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Dalam tempoh 10 Jun hingga 1 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) telah membuat saringan ke atas lebih 8,000 individu di pintu masuk KLIA.