Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Malaysia - Indonesia: Terus perkukuh pertahanan dua hala

  • Published in Nasional

MALAYSIA-INDONESIA, 17 Jun - Malaysia dan Indonesia akan terus mempertingkat hubungan pertahanan dua hala dan memperluas kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama meskipun berdepan situasi penularan COVID-19.

Perkara itu dibincangkan menerusi sidang video antara Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

Dalam satu kenyataan Kementerian Pertahanan Malaysia memaklumkan, perbincangan merangkumi topik yang luas antara kedua-dua Menteri mencerminkan keakraban negara serumpun.

Kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara telah lama terjalin dan terus berkembang melalui Jawatankuasa Am Persempadanan yang telah ditubuhkan pada 1972.

Ia turut diperkukuh melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau seperti Malacca Straits Patrol, MSP dan Trilateral Cooperative Arrangement, TCA yang melibatkan Filipina.

Terdahulu sebelum sesi sidang video berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Shahidul Islam.

Selain usaha untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala, isu berkaitan penularan wabak COVID-19, termasuk penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin, PATI dari Bangladesh juga dibincangkan.