Tuesday, 4 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Perak: Pemilihan jemaah solat Jumaat bergantung kepada pengurusan masjid

  • Published in Berita Semasa

IPOH, 12 Jun - Pemilihan jemaah bagi menunaikan solat Jumaat di Perak dibuat berdasarkan kebijaksanaan dan inisiatif pengurusan masjid masing-masing.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata pemilihan itu juga boleh menitikberatkan aspek giliran yang ditentukan Ahli Jawatankuasa Kariah.

Jelas beliau, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang tatacara untuk menunaikan solat Jumaat sepanjang tempoh PKP Pemulihan dan bagaimana setiap minggu pemilihan 40 orang jemaah dilakukan.

Beliau ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam pada itu beliau turut memberitahu, pelaksanaan kuliah Maghrib turut dibolehkan bermula hari ini di masjid yang terpilih, dengan syarat tenaga pengajar berasal dari Perak dan hanya dibenarkan untuk jemaah sedia ada ketika waktu solat Maghrib.