Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Pahang sasar komersial nanas MD2

  • Published in Berita Semasa

TEMERLOH, 12 Jun - Kerajaan negeri menggalakkan petani negeri itu mengusahakan tanaman baharu yang mempunyai impak tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Bioteknologi Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata tanaman nanas MD 2 dan vanilla sesuai untuk dikomersialkan.

Secara purata, 15 ribu pokok nenas MD2 boleh ditanam dalam kawasan seluas hanya 0.4 hektar dan boleh dituai dalam jangkamasa setahun 6 bulan.

Beliau ditemui media selepas lawatan kerja ke projek tanaman nanas MD2 Sungai Gau dan Amani Vanilla Temerloh, di kampung Bangau Parit di Temerloh, Pahang.