Saturday, 8 August 2020

updated 2:24 PM UTC, Aug 8, 2020

Labuan kecualikan fi lesen penjaja dan pasar selama setahun

  • Published in Berita Semasa

LABUAN, 12 Jun - Perbadanan Labuan mengecualikan Fi Lesen Penjaja dan Pasar bermula bulan ini bagi tempoh setahun.

Pengecualian itu membabitkan pengurangan hasil kutipan yang dianggarkan berjumlah RM48,260.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, pengecualian bayaran fi itu diberi kepada 391 penjaja makanan, jualan pelbagai dan kiosk e-kasih.

Inisiatif itu membantu pemulihan ekonomi peniaga akibat kesan ekonomi daripada pelaksanaan PKP dan PKPB.

Selain itu, Perbadanan Labuan bersetuju melanjutkan tempoh sah laku pendaftaran kad perkhidmatan penghantaran makanan sehingga Disember 2020, membabitkan 122 orang yang berdaftar dengan mematuhi peraturan dan Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang ditetapkan.