Saturday, 8 August 2020

updated 2:27 AM UTC, Aug 8, 2020

Lebih RM400,000 rokok tanpa cukai dirampas

  • Published in Jenayah

BATU PAHAT, 12 Jun - Sindiket pengedaran rokok tanpa cukai berjaya dilumpuhkan oleh briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas menahan dua lelaki tempatan di sebuah rumah di Kampung Bindu, Tongkang Pecah semalam.

Dengan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM427,160.

Komander Briged Tengah PGA, SAC Muhammad Abdul Halim, dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 1,800 karton rokok dirampas dipercayai rokok seludup.

Turut dirampas tiga kenderaan yang digunakan untuk mengedar rokok dalam serbuan yang dibuat bersama Cawangan Risik Batalion Lima PGA.

Kedua-dua suspek berusia 35 dan 49 tahun bersama rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Batu Pahat.

Kes di siasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.