Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

3 lelaki berjudi dalam talian diberkas

  • Published in Jenayah

GEORGE TOWN, 12 Jun - Mengaut keuntungan antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari, tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan judi dalam talian berjaya diberkas.

Suspek ditahan dalam serbuan di sebuah apartment mewah dekat Jalan Lenggong, Taman Simphony George Town, awal pagi tadi yang dijadikan sebagai tempat operasi aktiviti tersebut.

Operasi dijalankan sepasukan polis Bahagian siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang yang diketuai Pegawai Turus D7 DSP Akmal Yahya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka.