Saturday, 8 August 2020

updated 2:24 PM UTC, Aug 8, 2020

Langkawi dijangka terima lebih ramai pelancong

  • Published in Berita Semasa

KUALA KEDAH, 12 Jun - Langkawi dijangka menerima lebih ramai pelancong domestik apabila pihak industri dan hotel menawarkan pakej menarik dengan harga berpatutan.

Ini dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni Budaya, Belia dan Sukan serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad.

Justeru, Kementerian Pengangkutan disaran memberi kelonggaran kepada syarikat pengangkutan utama di pulau pelancongan itu agar beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan.

Bagi menyemarakkan industri pelancongan, beliau berharap, perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dan Kuala Perlis beroperasi seperti biasa sebelum pandemik COVID-19 melanda negara, selain pengangkutan udara ke Langkawi.

Beliau ditemui media di Terminal Feri Kuala Kedah.