Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Prasarana utamakan keselamatan penumpang

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 12 Jun - Keselamatan penumpang terus menjadi keutamaan pihak Prasarana.

Ini termasuklah memastikan setiap garis panduan atau SOP digariskan oleh kerajaan dipatuhi penumpang dan pihak pengendali perkhidmatan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Muhammad Nizam Alias, pihaknya berharap agar pengguna memberikan kerjasama dengan mematuhi setiap SOP dan arahan petugas di lapangan.

Dalam pada itu, beliau juga memberi jaminan semua kemudahan termasuk premis perniagaan, tandas awam dan juga surau turut dinyahkuman dengan kerap.

Kapasiti penumpang bagi semua perkhidmatan kendalian kumpulan Prasarana di Lembah Klang meningkat hampir 30% sejak 10 Jun lalu.

Beliau ditemui selepas rakaman program Selamat Pagi Malaysia.