Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Pas Bermusim Selangor 2020: FAS teliti status pas, tertakluk kepada penganjuran Liga M

  • Published in Sukan

SELANGOR, 5 Jun - Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan meneliti semula status pas bermusim 2020 susulan penangguhan kalendar bola sepak akibat COVID-19.

Sebarang perkembangan akan dimaklumkan segera pengurusan Red Giants itu kepada pemegang pas.

Perkara itu dinyatakan FAS dalam ciapan di twitter.

Badan itu menjangkakan ketetapan akan dibuat selepas keputusan mengenai status Liga Malaysia dimuktamadkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Langkah-langkah yang akan diambil, diselaraskan mengikut nasihat kerajaan, FAM dan MFL.