Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

19 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi masih berlindung di PPS

  • Published in Berita Semasa

MELAKA - 19 penduduk terjejas banjir di Kota Tinggi masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia yang dibuka petang semalam.

Ia melibatkan 3 buah kampung di Daerah Kota Tinggi.

Penduduk yang ditemui berkata hujan selama 3 jam sejak semalam dengan air naik terlalu cepat menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan barangan keperluan.

Kampung-kampung terlibat ialah Kampung Parit Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit Raja.