Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Pekerja disarankan laporkan aduan kepada PERKESO, sekiranya majikan salah guna bantuan disalur

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO memberi amaran tidak akan berkompromi dengan majikan yang menyalahguna bantuan kerajaan yang diterima.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap majikan yang tidak bertanggungjawab.

Pekerja boleh menyemak sekiranya majikan mereka telah mendapat bayaran subsidi menerusi Program Subsidi Upah, PSU dan Program Pengekalan Pekerjaan, ERP melalui laman web PERKESO.

Sejumlah 283,986 majikan telah menerima bayaran pertama PSU, manakala bagi bayaran kedua melibatkan 169,322 majikan yang juga telah dilunaskan.

bantuan berkenaan merupakan inisiatif kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat untuk meringankan beban majikan dan pekerja.