Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

COVID-19: Kes berkurang, hasil kerjasama pelbagai pihak

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 4 Jun - 
Penularan wabak COVID-19 dalam kalangan rakyat tempatan kini mencapai satu digit dan tiada peningkatan mendadak.

Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan, pengurangan kes ketara dilaporkan di hospital kerajaan.

Menurutnya, ini adalah hasil tindakan kesihatan awam yang dijalankan secara agresif dan tertumpu di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama pelbagai pihak.

Malah, pendekatan yang sama turut digunakan bagi terus mengawal penularan di kalangan kes warganegara dan bukan warganegara.

Salah satu tindakan penting yang telah mula dilaksanakan sejak permulaan gelombang COVID-19 adalah aktiviti siasatan dan pengesanan secara aktif bagi kes jangkitan ini.