Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Pelbagai jenis sayur dan buah-buahan tanpa dokumen sah dirampas akan dilupuskan

  • Published in Berita Semasa

KEDAH - Pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan dari negara jiran tanpa sebarang dokumen sah, dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia MAQIS Negeri Kedah.

MAQIS negeri dalam kenyataannya memaklumkan, dalam pemeriksaan ke atas sebuah lori pada 5 Disember lalu di sempadan Durian Burung, Padang Terap, pihaknya mendapati sebuah lori cuba membawa masuk hasil pertanian tanpa permit dan juga sijil fitosanitasi dari negara asal.

Pihaknya menemui 240 kilogram buah manga, masing-masing 60 kilogram cili besar, lengkuas dan limau nipis.

Selain itu, 20 kilogram ubi keledek dan 10 kilogram serai.

Kesemua barangan tersebut ditahan dan akan dilupuskan mengikut prosuder operasi piawaian yang ditetapkan.

Penahanan konsainan itu adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak kerana ia boleh menjejaskan industri pertanian.

Jika ia berlaku dan tidak dikawal,  perkara itu akan menyebabkan pengusaha pertanian mengalami kerugian.

Kes disiasat  di bawah sekysen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuariantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dihukum di bawah sekysen 11(3) akta yang sama.

Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.