Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

KKM tarik balik pendaftaran 'Pak Li Medicated Plaster' dikesan mengandungi racun berjadual Diphen-hydramine

  • Published in Berita Semasa



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk tradisional ‘Pak Li Medicated Plaster’ dikesan mengandungi racun berjadual Diphen-hydramine. Racun berjadual terbabit merupakan bahan terkawal mengikut Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperoleh daripada doktor atau ahli farmasi.

Ekoran itu, pendaftaran produk itu dibatalkan 5 Disember lalu.

Justeru, penjualannya perlu dihentikan serta merta kerana ia melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Orang ramai dinasihat mengelak daripada menggunakan produk berkenaan.