Logo

Perak kaji semula polisi penjualan arak

IPOH, 4 Jun - Perak akan mengkaji semula polisi berkaitan penjualan dan pengambilan arak di negeri itu.

Langkah itu bagi membendung kes kemalangan jalan raya berpunca daripada pemandu mabuk yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kajian berkenaan bagi melihat keperluan untuk membeku sementara permohonan lesen baharu penjualan arak dan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dengan kerjasama pihak berkuasa.

Beliau ditemui media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Datuk Seri Ahmad Faizal bagaimanapun memberitahu, pihaknya tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan arak berikutan ia akan memberi implikasi lain seperti penjualan tanpa lesen yang berleluasa.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.