Logo

COVID-19: Kluster Pedas bertambah 36 kes positif


PUTRAJAYA, 3 Jun - 
Pertambahan 36 kes positif bagi kluster Pedas hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 256 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, ia turut melibatkan 14 kes dalam kalangan warga tempatan dan 242 bukan warganegara.

Menurutnya lagi, kes positif baharu in telah dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin.

Oleh kerana masih diasingkan di pusat kuarantin, mereka tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.