Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Usaha baik pulih kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dilakukan segera

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 2 Jun - Penduduk kawasan sekitar Taman Kelab Ukay 4, Bukit Antarabangsa yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh Sabtu lalu, tidak perlu bimbang.

Menurut Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Ahmad Fairuz Mohd Yusof pemeriksaan menyeluruh struktur rumah dan tanah dilakukan segera seterusnya usaha membaik pulih dilakukan segera.

Tinjauan mendapati penutupan rekahan tanah dengan kanvas seluas 1,200 meter persegi.

Ia bagi mengelakkan berlaku mendapan tanah dan proses penanaman dinding besi bagi menahan pergerakan tanah bagi memperbaiki struktur anak Sungai Sering yang terletak dibawah cerun yang runtuh.

Menurut Ahmad Fairuz sejak dua hari lepas pergerakan tanah aktif mengikut kawasan berbeza.

Penduduk terjejas dibenar mengambil barang keperluan tetapi tidak boleh mendiami rumah mereka dalam tempoh enam bulan susulan kerja baik pulih yang dijalankan.

Selain 7 rumah terjejas, lebih 20 rumah sekitar kawasan kejadian akan diperiksa dalam masa terdekat.