Saturday, July 11, 2020

updated 8:47 AM UTC, Jul 11, 2020

Air Selangor laksana garis panduan baharu mulai hari ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan garis panduan yang dikeluarkan SPAN mulai hari ini.

Air Selangor dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan garis panduan SPAN, bacaan penggunaan air sebenar di premis pengguna akan di pro rata kepada bulan-bulan di mana bil air adalah dicaj secara anggaran.

Bil sebenar yang telah dikeluarkan sebelum garis panduan SPAN dilaksanakan akan diselaraskan dalam bil air pengguna pada bulan berikutnya.

Air Selangor menjangkakan bahawa pelarasan ini akan selesai disempurnakan pada Julai 2020 kerana kitaran bil lengkap akan mengambil masa selama sebulan.

Mekanisme pengiraan bil yang baharu ini akan dikongsi di laman sosial Air Selangor untuk maklumat yang lebih jelas.

Sebarang pertanyaan lanjut pengguna boleh hubungi di talian 15300, WhatsApp: 019-2800919 / 019-2816793; dan E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .