Saturday, July 11, 2020

updated 8:57 AM UTC, Jul 11, 2020

Kebenaran rentas negeri bagi urusan kecemasan, pekerjaan serta pasangan suami isteri dibenar bermula hari ini

  • Published in Berita Semasa

GOMBAK, 1 Jun - Kerajaan memberi kelonggaran rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan bermula hari ini.

Kebenaran itu juga melibatkan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.

Langkah tersebut disambut baik Pakar Psikologi Klinikal, Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Jamilah Hanum.

Jelasnya, dalam mendepani pandemik COVID-19, setiap perhubungan penting bagi memastikan psikologi manusia terpelihara.

Selain itu, bagi golongan bujang yang terpisah dari keluarga disaran terus berhubung dengan insan tersayang dengan segala medium yang ada.