Saturday, July 11, 2020

updated 7:44 AM UTC, Jul 11, 2020

Operator dikehendaki ikut penyelarasan bil air kaedah SPAN

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Operator bekalan air dikehendaki membuat penyelarasan bil pada akaun pengguna mengikut ketetapan kaedah pengiraan bil air sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyelarasan ini dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berikutan aduan peningkatan bil air semasa PKP.

SPAN dalam kenyataannya memaklumkan pengguna diminta untuk menjelaskan bil air masing-masing dan jika terdapat lebihan caj setelah penyelarasan dibuat, ia akan direkodkan dalam akaun pengguna untuk bulan seterusnya.

Bagaimanapun, sekiranya pengguna merasakan bahawa caj yang dikenakan adalah tidak munasabah dan memerlukan penjelasan lebih terperinci, pengguna dinasihatkan menghubungi operator air masing-masing atau mengemukakan aduan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

SPAN juga menjelaskan secara amnya, pengguna domestik menggunakan air lebih banyak daripada biasa semasa tempoh PKP.

Ini berpunca daripada aktiviti rutin yang tertumpu di kediaman masing-masing.