Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Peruntukan dana TAR-UC wajar diagih melalui KPT

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Satu langkah wajar apabila peruntukan dana Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR-UC) diagihkan terus kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi.

Jelas Presiden Parti Demokratik Progresif, Datuk Seri Tiong King Sing, universiti itu bukan milik perseorangan tetapi milik yayasan, pengurusannya turut dipimpin oleh pegawai kerajaan yang diberi kuasa.

Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hanya menjalankan tugasnya berdasarkan perjanjian sedia ada.

Jelas Ahli Parlimen Bintulu itu juga, perlu difahami bahawa ketika TAR-UC pertama kali ditubuhkan, ia berdasarkan kesepakatan tertentu dengan kerajaan.

Kesepakatan itu juga termasuk geran peruntukan tahunan oleh kerajaan sebanyak RM60 juta beserta perjanjian yuran pengajian pelajar TAR UC, yang tidak boleh sewenang wenangnya dinaikkan.

Baru-baru ini, kerajaan bersetuju mengembalikan peruntukan RM58 juta kepada institut pendidikan tinggi itu.

Untuk rekod peruntukan kepada kolej itu dipotong sebanyak RM5.5 juta dalam Belanjawan 2019 dan RM1 juta dalam Belanjawan 2020.