Logo

18 penduduk Kota Belud dipindahkan akibat banjir

KOTA BELUD, 25 Mei - Hujan lebat berterusan sehingga empat jam di daerah Kota Belud, Sabah semalam menyebabkan 18 penduduk daripada 8 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Tun Said.

Pusat pemindahan berkenaan dibuka pukul 8.30 malam.

Pusat pemindahan itu menempatkan 17 penduduk yang terjejas dari Kampung Sembirai dan seorang penduduk dari Kampung Keranjangan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Leftenan Jimmy Alberto Tining ketika dihubungi RTM, paras air tiga sungai utama naik mendadak menyebabkan 17 kampung terjejas, namun telah surut pagi tadi.

Berdasarkan tinjauan, paras air Sungai Abai di paras amaran 5.49 meter dan Sungai Gunding di paras normal.

Sementara Jalan Kampung Lingkodon-Kampung Donggoi-Song-Song hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Manakala Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.