Logo

Aidilfitri disambut ala kadar

TANAH MERAH, 25 Mei - Sambutan lebaran disambut secara sederhana.

Tidak terkecuali pasangan suami isteri di Kampung Alor Stor, Alor Pasir, Kelantan yang meraikan Aidilfitri secara ala kadar berikutan hidup serba kekurangan.

Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 25 dan suami, Mohamad Firdaus Abdullah, 28 dianugerahkan anak istimewa yang menderita penyakit Hydrocephalus atau lebihan air di kepala sejak lahir.

Pasangan ini juga berdepan ujian apabila Mohamad Firdaus hilang punca pendapatan.

Che Siti pula tidak boleh meninggalkan Qhayla untuk keluar bekerja memandangkan anaknya itu mudah terkena sawan.

Mahu dua anaknya termasuk anak syurga itu menikmati Aidilfitri, Che Siti menjual kuih popia secara kecil-kecilan untuk membeli baju raya mereka.

Che Siti memaklumkan, anaknya Nur Qhayla Rania menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) sebanyak RM350 sebulan.

Dia dan suami berharap agar penularan wabak COVID-19 pulih dengan segera agar mereka dapat mencari rezeki seperti biasa.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun MAYBANK Che Siti Nor Azreen Che Ishak: 5030-5152-9082.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.