PDRM, ATM lakukan sekatan jalan raya pantau kawasan perumahan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
SEREMBAN, 24 Mei - Pasukan keselamatan di Negeri Sembilan giat melakukan pemantauan di kawasan perumahan terutamanya yang mempunyai bilangan kenderaan lebih daripada biasa.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, fokus operasi pada hari pertama Aidilfitri bersama Angkatan Tentera Malaysia itu adalah sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu yang merentas negeri tanpa kebenaran.
Tegasnya, kompaun akan dikeluarkan kepada individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan Sekatan Jalan Raya di Port Dickson.
Tinjauan kru RTM di kawasan Port Dickson dan Seremban mendapati laluan trafik lancar dan kawasan perumahan juga kelihatan seperti hari biasa tanpa kenderaan yang banyak dan tetamu yang kunjung- mengunjung.