Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

PLUS perkenal chatbot perkhidmatan lebuh raya

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Maklum balas digital berkaitan perkhidmatan lebuh raya kini lebih mudah menerusi "PLUS Texting Realtime Interface" atau PUTRI.

Aplikasi perbualan atau "chatbot" pertama bagi industri lebuh raya itu diperkenalkan oleh syarikat konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad.

Kenyataan PLUS menjelaskan, PUTRI dijangka mampu mengendali lebih 70% daripada 1,500 panggilan harian, diterima Pusat Pemantauan Trafik PLUS.

Aplikasi itu juga berupaya memberi pelbagai maklum balas perkhidmatan lebuh raya kepada pelanggan secara serentak seperti kadar tol, maklumat trafik terkini, kemalangan dan pertanyaan produk termasuk PLUSMiles.

Pelanggan boleh berinteraksi dengan PUTRI Versi Beta sepanjang tempoh ujian rintis yang telah dilancarkan pada 27 April lalu melalui laman web www.plus.com.my atau www.plusmiles.com.my

PUTRI dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2020.