Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

PM jamin elaun khas petugas barisan hadapan dibayar segera

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 22 Mei - 
Kerajaan akan segera membayar elaun khas petugas barisan hadapan.

Itu jaminan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi memastikan kebajikan golongan sasar terpelihara.

"Kita minta urusan bayaran kepada mereka ini diuruskan secepat mungkin kerana petugas barisan hadapan telah berkorban banyak masa dan tenaga."

Tan Sri Muhyiddin menyatakannya ketika sidang video bersama beberapa pasukan keselamatan di pejabatnya di Perdana Putra.