Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

PKP: Penuntut UMK enggan pulang ke kampung halaman

  • Published in Berita Semasa


KOTA BHARU, 21 Mei -
Seramai 88 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Noor Azizi Ismail memaklumkan, daripada jumlah itu, 50 penuntut kekal berada di kampus manakala selebihnya di rumah sewa masing-masing.

Jelas beliau, alasan diberikan pelajar terlibat termasuk isu peribadi, serta kesukaran untuk mengakses internet kerana tinggal di pedalaman, walaupun sebelum ini mereka telah dibenarkan pulang secara berperingkat akhir bulan lepas.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Kelab Media Kelantan Darul Naim, (KEMUDI) di Kota Bharu.

Setakat ini, UMK telah menyelesaikan penghantaran pulang 950 daripada 1,000 penuntut yang terkandas akibat PKP.