Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

SOP penganjuran Majlis sedang dirangka KKMM, bendung risiko penularan COVID-19

  • Published in Berita Semasa

 

KUALA LUMPUR, 21 Mei - Satu prosedur operasi standard, SOP bagi penganjuran "acara langsung" sedang dirangka Kementerian Komunikasi dan Multimedia, KKMM bagi memberi garis panduan jelas pada masa depan.

Tujuannya, bagi membendung risiko penularan COVID-19 serta memastikan keselamatan semua pihak.

Menurut Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, SOP berkenaan lebih rumit berbanding SOP aktiviti seni yang diluluskan.

Beliau ditemui media selepas melancarkan Akademi ASEAN Huawei di ibu negara.