Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Pindaan turun had umur mengundi diterima baik

  • Published in Berita Semasa

KANGAR, 20 Mei - Pindaan Rang Undang-Undang untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi dan kelayakan calon bertanding di dalam pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun diterima baik semua pihak di Perlis.

Perkara itu dibahaskan di dalam Mesyuarat Pertama penggal ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pagi tadi.

Pindaan bagi kedua-dua perkara berkenaan telah dipersetujui di peringkat Kerajaan Persekutuan dan memerlukan penyelarasan di peringkat negeri.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, hasil daripada pembahasan, tiada sebarang bantahan disuarakan mana mana parti politik di Perlis.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Pertama penggal persidangan ketiga DUN Perlis di Kangar.

Terdahulu, kesemua tetamu termasuk Dato Seri Azlan menjalani proses saringan suhu badan selain kehadiran di hadkan selari dengan saranan Kementerian Kesihatan.