Logo

Tempoh rayuan permohonan BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei ini

PUTRAJAYA, 10 Mei - Tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Jelas, Perdana Menteri, keputusan dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat mengenai sebab penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.

Selain menghantar emel, pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula ESOK.

Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, pemohon boleh ke kaunter LHDN 12 Mei.

Semalam, kerajaan meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7-billion.

Dengan kelulusan tersebut, angka penerima BPN setakat ini mencecah 10.6 juta individu, melibatkan bayaran berjumlah 11 billion ringgit.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.