Logo

PKPB: Tempoh Kritikal buat negara

PUTRAJAYA, 10 Mei - Beberapa minggu mendatang merupakan tempoh kritikal buat negara.

Ini kerana hasil pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hanya dapat dilihat dalam tempoh berkenaan.

Dan sekiranya angka kes meningkat, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, PKPD perlu dilaksana.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan, PKPB yang dilaksana bermula 4 Mei lepas, berjalan lancar dan teratur, tanpa berlaku kesesakan luar jangka di stesen-stesen pengangkutan awam
serta restoran.

Ia berikutan pematuhan rakyat dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Perdana Menteri memulakan perutusan khasnya hari ini dengan mengucapkan selamat menyambut Nuzul al-Quran kepada semua umat Islam.

Beliau berharap peristiwa Nuzul Al-Quran yang disambut pada 17 Ramadan mengingatkan umat Islam agar sentiasa menjadikan kitab suci itu sebagai panduan hidup.

Tan Sri Muhyiddin mengkahiri perutusannya dengan merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.