Monday, December 16, 2019
updated 5:28 AM UTC, Dec 16, 2019

Mesej tular mengadap Agong, Presiden PKR nafi, kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Presiden PKR yang juga ahli parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan mesej tular mendakwa beliau berada di Istana Negara pagi tadi untuk mengadap yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Kesal dengan fitnah itu, beliau menegaskan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, hanya dilakukan oleh pihak yang terdesak dan berniat untuk melaga-lagakan pemimpin dalam Pakatan Harapan.

Mengulas perkara itu di lobi Parlimen, Datuk Seri Anwar mengingatkan pihak terbabit agar tidak lagi menabur fitnah yang boleh menimbulkan curiga dan perasaan tidak selesa dalam kalangan rakyat.

#BeritaRTM #RTM #Parlimen #KualaLumpur