Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Tiada undi tidak percaya terhadap Ketua menteri Melaka : Kononnya di dewan undangan negeri esok

  • Published in Berita Semasa

AYER KEROH - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memberi jaminan undi tidak percaya tidak akan berlaku pada sidang dewan undangan negeri esok .

Tegasnya, persidangan esok akan berjalan seperti yang dijadualkan sekaligus menafikan desas desus yang tular di media sosial berkenaan undi tidak percaya itu.

Beliau yakin spekulasi yang ditularkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina berkenaan ialah usaha yang sedang digerakkan oleh pihak tertentu untuk
mensabotaj kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka, termasuk mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya.

Jelasnya, hubungannya dengan semua ahli Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH baik dan tidak menpunyai sebarang masalah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada persidangan ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri ke 14 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dalam pada itu, Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, ketika diajukan soalan berkenaan mengatakan
tidak tahu menahu mengenai perkara terbabit.

Terdahulu sebuah portal berita memetik sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan seorang pemimpin PH Melaka didakwa telah bertemu dengan wakil
rakyat UMNO di luar negara bagi mengukuhkan rancangan menjatuhkan Adly daripada jawatan Ketua Menteri, esok.